Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Penanaman padi di Kedah



Pembangunan Kedah Darulaman sebagai sebuah Negeri Melayu di utara Semenanjung berlaku dengan pesat apabila asas ekonominya bertukar corak dari apa yang bertunjangkan perdagangan kepada berlandaskan pertanian, khususnya pertanian padi. Pertukaran ini diikuti dengan pemindahan pusat pemerintahan dari Daerah Muda-Merbuk ke Alor Star di dalam zaman pemerintahan Sultan Mohammad Jiwa Zainal Abidin (1710-1778). Tiga bentuk perkembangan ekonomi dan politik berlaku.

Perkembangan pertama ialah pembukaan tanah-tanah paya untuk dijadikan tanah-tanah sawah yang subur di dataran Kedah yang merintangi Kangar di utara dan Guar Chempedak di selatan, seluas lebih kurang 500 batu persegi atau 300,000 ekar. Pembukaan dataran Kedah ini menarik masuk tenaga-tenaga buruh yang banyak dari alam Melayu sekeliling, khususnya dari apa yang dipanggil Selatan Thailand sekarang ini, Sumatra Jawa, Kalimantan, Kelantan, Terengganu dan Perak. Kemasukan penduduk ini merupakan suatu faktor yang penting di dalam pertumbuhan ekonomi Kedah seterusnya. Di masa inilah iaitu di masa kadar peningkatan penduduk berlaku dengan pesatnya di samping berlakunya pembukaan tanah secara meluas, kekayaan negeri dan rakyat memuncak.

Ekoran dari perkembangan di atas, sempadan negeri yang berkesan (functional boundaries) mula meluas ke daerah-daerah pendalaman yang dahulunya hanya merupakan bahagian-bahagian pinggir di dalam sistem pentadbiran Kedah. Kawasan-kawasan pinggir ini mula diberi perhatian sewajarnya oleh Sultan lebih dari sebelumnya di mana penduduk-penduduknya tertakluk kepada tindak-tanduk orang-orang besar jajahan semata-mata.

Hasilnya ialah suatu pertumbuhan dan pembangunan sistem pentadbiran Negeri Kedah yang sophisticated dan matang untuk mengendalikan corak-corak ekonomi dan politik yang baharu misalannya sistem pemaritan yang besar yang dibina oleh Wan Mat Saman (1885), Tunku Yaakob (1890) dan Wan Yahya (1895) dengan jaringan-jaringan tali air dan jalan-jalannya yang banyak di samping menambahkan hasil pengeluaran, ianya juga merupakan suatu alat pentadbiran yang baharu dan berkesan sekali. Jaringan-jaringan taliair dan jalan-jalan baharu yang dibina seiring dengan taliair-taliair ini dapat digunakan untuk perhubungan pentadbiran dan juga pengawalan cukai ke atas barang-barang pengeluaran rakyat. Di masa pembukaan tanah inilah penggunaan undang-undang tanah Kedah yang dicipta pada tahun 1667 bernama Undang-undang Dato' Seri Paduka Tuan, berlaku seluas-luasnya.

Ketiga-tiga perkembangan di atas menjadikan Kedah Darulaman suatu negeri yang utuh dari segi penyatuan penduduk dan pemerintah, dari segi pengeluaran hasil, khususnya padi dan beras, dan dari segi penyertaan rakyat tani di dalam proses-proses politik negara. Keutuhan ini mula bergoncang apabila pembangunan ekonomi yang pesat mengakibatkan kemunculan golongan-golongan lain seperti golongan saudagar dan pegawai-pegawai kerajaan yang menjadi golongan-golongan perantaraan di antara Sultan dan rakyat. Kertas kerja ini adalah bertujuan menganalisakan proses penyatuan pemisahan-penyatuan di dalam sejarah Negeri Kedah. Proses dialectic yang dialami oleh masyarakat tani ini mengumbang-ambingkan nasib mereka di masa negara membangun ini, proses ini difahami agar tidak menjadi pandangan salah terhadap usaha-usaha kerajaan mencurahkan pelaburan pembangunan ke dalam masyarakat ini.

Rujukan http://www.mykedah2.com/10heritage/108_1.html

Penulis : Kisah Kau dan Aku ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Penanaman padi di Kedah ini dipamirkan oleh Kisah Kau dan Aku pada hari Saturday, April 14, 2012. Semoga artikel ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda .Terima kasih atas kunjungan Anda Silakan tinggalkan komen anda disini.Terdapat 0 Komen: di Artikel Penanaman padi di Kedah
 

0 comments:

Post a Comment