Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Apa itu Shutter Speed,Aperture dan ISO

Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).




Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto.
Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.
ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.



Dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).

Penulis : Kisah Kau dan Aku ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Apa itu Shutter Speed,Aperture dan ISO ini dipamirkan oleh Kisah Kau dan Aku pada hari Friday, December 02, 2011. Semoga artikel ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda .Terima kasih atas kunjungan Anda Silakan tinggalkan komen anda disini.Terdapat 0 Komen: di Artikel Apa itu Shutter Speed,Aperture dan ISO
 

0 comments:

Post a Comment