Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Apa beza RAW ngan JPEG?

Fail RAW adalah:
  • Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera (kecuali Adobe DNG, yang tidak popular)
  • Data lengkap dari sensor kamera - belum diproses, belum dimampatkan (kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB)
  • Memerlukan perisian khusus untuk membacanya
  • Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru (24 bit setiap pixel). Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit (36 atau 42 bit setiap pixel)
  • Julat dinamik (dynamic range) lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow (bahagian gelap)
  • Kurang konstras
  • Tidak tajam
  • Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera
  • Baca-sahaja (semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain)
  • Kadangkala boleh diterima di mahkamah (berbanding format yang boleh diubah)
  • Menunggu untuk diproses oleh komputer
Sebaliknya fail JPEG adalah:
  • Format standard yang boleh dibaca oleh sebarang program imej
  • Dimampatkan -- dengan membuang komponen2 imej yang tidak kelihatan oleh mata manusia
  • Kecil (kamera 8 megapixel menghasilkan fail 1 ke 3 MB)
  • Kurang julat dinamik
  • Lebih kontras
  • Lebih tajam
  • Boleh terus dicetak atau dikongsi di Web
  • Selalunya tidak perlu diubahsuai
  • Boleh diubahsuai tetapi setiap langkah menghilangkan data -- walaupun hanya untuk memutarkannya
  • Diproses oleh kamera

Penulis : Kisah Kau dan Aku ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Apa beza RAW ngan JPEG? ini dipamirkan oleh Kisah Kau dan Aku pada hari Tuesday, December 06, 2011. Semoga artikel ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda .Terima kasih atas kunjungan Anda Silakan tinggalkan komen anda disini.Terdapat 0 Komen: di Artikel Apa beza RAW ngan JPEG?
 

0 comments:

Post a Comment