Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Apa itu Bokeh dan DoF

Apa itu Bokeh dan DoF ni?? satu persoalan yang cuba saya rungkaikan dengan perkataan yang mudah untuk difahami…..
Depth of Field (DoF) dari definasinya merujuk kepada kawasan yang dalam fokus bagi sebuah imej/gambar. Kebiasaanya kita selalu melihat gambar yang pada subjeknya jelas (in-focus) dan latar belakangnya adalah kabur (out focus). Kawasan antara imej yang jelas dan yang kabur itu dinamakan Depth of Field (DoF)…..
DoF ni ada 2 jenis plak, dimana EDOF dan LDOF.
EDOF-Extended Depth of Field dimana foreground dan background sama jelas (in-focus) kedua-duanya.
LDOF-Limited Depth of Field dimana foreground jelas tetapi background kabur….
Bokeh plak… Bokeh ini asalnye dari perkataan Jepun yang membawa maksud kabur. Dari segi definasi plak, Bokeh merujuk kepada penampilan cahaya pada kawasan kabur pada satu-satu imej/gambar.
Disini ramai yang keliru antara DoF dan Bokeh dari segi definasinya… tetapi Bokeh dan DoF ini memainkan peranan yang sangat penting dalam fotografi.


Adakah Bokeh dan DoF tu benda yang sama????
TIDAK, bokeh dan DoF tu sebenarnya bukan benda yang sama, walaupon kedua-duanya bergandingan antara satu sama lain dalam satu gambar.
Dari segi definasi, DoF merujuk kepada kawasan antara imej yang jelas dan yang kabur. Dengan perkataan yang senang nak faham, ia merujuk kepada perbezaan antara background dan foreground.


Dimana, bokeh pula merujuk kepada bagaimana lens mengolah (rendering) cahaya background (yang kabur tu) dimana kita dapati bokeh dalam pelbagai bentuk seperti bulat, hexagon, octagon, bujur telur, lemak berkrim dan sebagainya.

Bentuk olahan bokeh tu bergantung kepada lens. Memang tidak dinafikan lens yang mahal dengan aperture value yang rendah spt F1.2, F1.4, F2.8 akan menghasilkan bentuk bokeh yang menarik.
 

Apa beza RAW ngan JPEG?

Fail RAW adalah:
  • Biasanya format yang khusus untuk sesuatu jenis kamera (kecuali Adobe DNG, yang tidak popular)
  • Data lengkap dari sensor kamera - belum diproses, belum dimampatkan (kamera 8 megapixel menghasilkan fail RAW 8 MB)
  • Memerlukan perisian khusus untuk membacanya
  • Sekurang2nya 8 bit setiap warna - merah, hijau dan biru (24 bit setiap pixel). Kebanyakan DSLR merakamkan 12 atau 14 bit (36 atau 42 bit setiap pixel)
  • Julat dinamik (dynamic range) lebih tinggi - boleh memaparkan highlight (bahagian terang) atau shadow (bahagian gelap)
  • Kurang konstras
  • Tidak tajam
  • Tidak sesuai untuk dicetak terus dari kamera
  • Baca-sahaja (semua perubahan disimpan di fail XMP sidecar atau JPEG atau format lain)
  • Kadangkala boleh diterima di mahkamah (berbanding format yang boleh diubah)
  • Menunggu untuk diproses oleh komputer
Sebaliknya fail JPEG adalah:
  • Format standard yang boleh dibaca oleh sebarang program imej
  • Dimampatkan -- dengan membuang komponen2 imej yang tidak kelihatan oleh mata manusia
  • Kecil (kamera 8 megapixel menghasilkan fail 1 ke 3 MB)
  • Kurang julat dinamik
  • Lebih kontras
  • Lebih tajam
  • Boleh terus dicetak atau dikongsi di Web
  • Selalunya tidak perlu diubahsuai
  • Boleh diubahsuai tetapi setiap langkah menghilangkan data -- walaupun hanya untuk memutarkannya
  • Diproses oleh kamera
 

Komposisi dan kaedah sepertiga

Jurufoto dan pelukis menggunakan kaedah sepertiga (rule of thirds) yang sama.Kaedah ini telah diguna pakai sejak beratus tahun dahulu hingga sekarang oleh pelukis.Senifoto menggunakan kaedah pelukis,kerana lukisan wujud lebih awal dari fotografi.

Kaedah sepertiga meletakkan objek/subjek utama disebelah kiri atau kanan pemidang tilik (viewfender) atau sekurang-kurangnya tidak meletakkannya ditengah-tengah pemidang tilik.Kaedah ini menghasilkan gambar yang menarik dan suka dipandang

.
Melakar Garis Kaedah Sepertiga

Pelukis dan jurufoto membahagikan pemidang tilik kepada tiga bahagian dan meletakkan objek di garisan yang bertemu supaya menampakkan ada sesuatu yang hendak menceritakan dibahagian depan.


 

Mode Rakaman

Mode rakaman merupakan cara pantas bagi jurugambar mendapatkan setting yang sesuai dengan objek yang akan dirakam.Mode ini dapat mengatur kombinasi shutterspeed,aperture,lampu flash, dan ISO.Semuanya disetkan secara automatik oleh kamera.,kecuali mode manual.

Mode Auto

Biasanya digunakan oleh jurugambar baru.Mode ini menyerahkan semua setting kamera kepada kepintaran pemproses dalam kamera.Jurugambar tidak dapat mengubah setting dan hanya menekan butang shutter.

Mode Program (P)

Sama seperti mode auto,mode ini akan menetapkan setting kamera secara automatik.Namun,jurugambar masih dapat mengubah beberapa konfigusi seperti white balance sehingga kepada exposure compensation.

Aperture Priority(A)

Sesuai dengan namanya,mode ini memberi keutamaan kepada aperture.Aperture dapat diubah tetapi shutterspeed dan setting lain disesuaikan secara automatik oleh kamera.

Shutter Piority(S)

Sama seperti aperture priority,mode ini memberikan keutamaan kepada shutterspeed.Anda boleh mengubah shutterspeed tetapi aperture dan konfigusi lain ditetapkan secara automatik oleh kamera.

Manual Mode(M)

Dalam mode ini aperture dan shutterspeed dapat ditetapkan secara manual bagi mendapatkan exposure yang anda mahu.

Flash Off

Merakam dengan mematikan fungsi internal flash,tetapi lampu pembantu autofokus tetap menyala.Selebihnya semua konfigusi kamera ditetapkan secara automatik seperti mode auto.Flash off digunakan bagi merakam dengan cahaya sedia ada

Close-Up atau Mode Macro

Digunakan bagi merakam objek dari jarak dekat.Biasanya aperture kecil dan flash automatik dimatikan.Sebaiknya digabungkan dengan penggunaan lensa makro.

Night Mode

Mengabungkan setting ISO,shutter speed dan aperture bagi merakam dalam ruang dan keadaan gelap.

Lanscape Mode

Sesuai bagi rakaman landskap.Bukaan aperture dikawal sekecil mungkin supaya ketajaman objek seragam.Setting lain akan diseragamkan.


Portrait Mode

Kamera menyesuaikan exposure conpensation (dedahan tambahan)bagi merakam wajah sebagai subjek.Biasanya setting ini digunakan untuk memastikan aperture yang cukup besar.

Sport Mode(Mode Sukan)

Merakam dengan shutterspeed yang tinggi dan fokus yang pantas.Fokus lensa dilakukan secara fokus yang berterusan tanpa bantuan lampu AF.Berfungsi untuk menghentikan pergerakan objek.
 

KL Birds




Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.
Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pecinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar.
Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 2000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi. Terdapat burung Enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini
 

Jam Kartun Wanita di Blog

Saya ingin kongsikan cara memasukkan jam kartun wanita di blog anda.Tapi anda kena download scrips tersebut di 4 shared kerana saya disable highlight text..

Langkah 1. Buka laman Blogger anda
Langkah 2. Klik pada Design.
Langkah 3. Klik pada Page Elements.
Langkah 4. Klik pada Add A Gadget
Langkah 5. Klik pada HTML/JAVASCRIPS

Last sekali masukkan kod scrips dibawah kedalam kotak HTML/JAVASCRIPS


<p align="center"><embed src="http://www.widgipedia.com/widgets/orido/Jam-BLUE-Akhwat-4672-8192_134217728.widget?__install_id=1248336094072&__view=expanded" width="200" height="200" flashvars="&col1=d89b09&col2=7cc034&dayAdd=0&cal=true&gig_lt=1248336103578&gig_pt=1248336182359&gig_g=1&gig_n=blogger" swliveconnect="true" quality="best" loop="false" menu="false" wmode="transparent" allowscriptaccess="sameDomain" type="application/x-shockwave-flash" pluginspage="http://www.adobe.com/go/getflashplayer" > </embed></p>

Anda boleh dapatkan kod scrips disini  http://www.4shared.com/file/kdusfHHc/Jam_Kartun.html


Setelah masukkan kod tekan save..Semoga berjaya..
 

Kembali ke Blog hanya menekan Butang H

Disini saya ingin kongsikan mengenai scrips kembali ke page @ refresh kembali blog anda hanya dengan menekan butang "H" pada keyboard komputer atau laptop anda..Ikuti cara-caranya.code kena download di 4Shared kerana saya disable Highlight Text..

Langkah 1. Buka web Blogger Anda.
Langkah 2. Klik pada Design
Langkah 3. Klik pada Page Elements
Langkah 4. Klik pada Add a Gadjet
Langkah 5. Klik pada HTML/JAVASCRIPS
Akhir sekali masukkan kod dibawah ini pada kotak HTML/JAVASCRIPS



<script language="JavaScript1.2">
<!--
/*
script written by JavaScript Kit (www.javascriptkit.com)
More free scripts here
*/
if (document.layers)
document.captureEvents(Event.KEYPRESS)
function backhome(e){
var targeturl="URL BLOG ANDA"
if (document.layers||document.getElementById&&!document.all){
if (e.which==104||e.which==72)
window.location=targeturl
}
else if (document.all){
if (event.keyCode==104||event.keyCode==72)
window.location=targeturl
}
}
document.onkeypress=backhome
//-->
</script>

kod boleh diperolehi  http://www.4shared.com/file/3H1WEm54/Butang_H.html

Setelah selesai tekan save..Selamat Mencuba

 

Apa itu Shutter Speed,Aperture dan ISO

Apa itu SHUTTER SPEED? Secara teorinya, Shutter Speed akan control jumlah dedahan cahaya yang masuk ke dalam sensor DSLR. Semakin laju shutter speed bermakna dedahan cahaya akan kurang dan menghasilkan foto yang kurang cerah(underexpose). Berbanding dengan SLOW shutter speed yang akan mendedahkan gambar kepada lebihan dedahan cahaya (overexpose). Untuk handheld kamera, shutter speed adalah 1/15 ke atas untuk mengelakkan kesan BLUR. FAST shutter speed akan mengfreezekan sesuatu pergerakan tanpa kesan BLUR.
Pemilihan shutter speed bergantung kepada Peraturan Ibu Jari (Rule of Thumb) yang menyatakan shutter speed adalah bersamaan atau laju daripada 1/(panjang focal lens) saat. Contohnya jika anda menggunakan lens 200mm, maka anda perlu menggunakan shutter speed MINIMUM 1/200saat untuk mendapatkan imej yang tajam (sharp). Namun, peraturan ini semakin dilupakan atau tidak diaplikasi semenjak teknologi penstabilan imej samada Image Stabilizer (IS Canon) mahupun Vibration Reduction (VR Nikon).




Apa itu APERTURE? BIGGER APERTURE akan menunjukkan No Aperture yang kecil di DSLR dan akan akan mendedahkan foto kepada jumlah dedahan cahaya yang tinggi. Bigger Aperture akan menghasilkan Depth of Field yang lebih detail. SMALLER APERTURE adalah No Aperture yang tinggi dan mengurangkan jumlah dedahan cahaya di foto.
Semasa kita mengklik shutter, lensa akan membuka bilah aperture (blades) untuk membenarkan cahaya masuk menuju ke sensor. Semakin rendah nilai nombornya, maka semakin besar bukaan bilah. Justeru, semakin banyak caaya yang masuk. Begitu juga sebaliknya. Semakin tinggi nilai nombornya, maka semakin kecil saiz bukaan bilah. Justeru semakin sedikit jumlah cahaya yang masuk.

Apa itu ISO? Secara ringkas kata, ISO tu adalah tahap kesensitifan camera pada cahaya. Ia diukur dalam nombor 100, 200, 400 dan seterusnya.
ISO yang rendah biasanya digunakan semasa kita menggambar objek atau subjek yang mempunyai cahaya persekitaran yang terang (bright ambient light). ISO yang tinggi pula digunakan dalam persekitaran yang suram atau kelam pencahayaannya atau semasa kita hendak menggambar objek yang bergerak laju. Tapi, imej kita akan dimonopoli oleh noise (bintik-bintik yang tidak dikehendaki) yang akan menjejaskan kualiti imej.



Dari sini dapat disimpulkan, ketiga-tiga unsur ISO, Shutter Speed dan Aperture berkait rapat antara satu sama lain dalam menghasilkan imej yang baik. Pengubahan salah satu unsur memerlukan anda mengubah sama ada 1 atau 2 unsur yang lain untuk mendapatkan exposure yang baik (tanpa menggunakan flash).
 

Apa Itu Kamera DSLR

DSLR adalah singkatan dari Digital Single-Lens Reflex. Kamera DSLR ertinya kamera digital yang menggunakan refreksi lensa tunggal. Fotografer mengintip objek yang akan difoto melalui lubang intip atau biasa disebut view-finder. Hasil foto yang akan didapat adalah sama dengan apa yang tampak melalui view-finder tersebut.


Cahaya yang masuk, setelah melewati jajaran lensa (1) akan dipantulkan oleh cermin yang dipasang pada posisi kemiringan 45 derajat (2) dan diproyeksikan ke matte focusing screen (5). Melalui condensing lens (6) dan pantulan di dalam pentaprism (7), gambar objek kemudian diteruskan ke lensa mata manusia (8). Ketika kita menekan tombol shutter (bidik) maka cermin (2) akan melipat ke arah panah, focal plane shutter (3) membuka dan kemudian gambar akan ditangkap oleh sensor (4) dan diteruskan ke prosesor gambar kemudian disimpan di media penyimpanan (MMC dan sebagainya).

Sedangkan pada kamera digital biasa, kita bisa melihat objek yang akan dibidik melalui LCD monitor. Apa yang akan didapat belum tentu sama dengan apa yang kita lihat melalui LCD tersebut.


Lensa kamera DSLR

Ketika membeli kamera digital biasa, maka lensa sudah menyatu dengan body kamera. Pada kamera DSLR, lensa bisa dilepas dan diganti. Oleh karenanya, ketika membeli kamera DSLR kita akan ditawari apakah membeli body only (kameranya saja) atau kit (kamera + lensa). Ada kamera DSLR yang bisa dipasang lensa dari merek lain, ada juga yang khusus dari satu merek. Ada kamera DSLR yang dilengkapi dengan motor autofocus. Ada juga yang tanpa motor autofocus sehingga harus membeli lensa bermotor yang biasanya harganya lebih mahal.