Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Apa itu Bokeh dan DoF

Apa itu Bokeh dan DoF ni?? satu persoalan yang cuba saya rungkaikan dengan perkataan yang mudah untuk difahami…..
Depth of Field (DoF) dari definasinya merujuk kepada kawasan yang dalam fokus bagi sebuah imej/gambar. Kebiasaanya kita selalu melihat gambar yang pada subjeknya jelas (in-focus) dan latar belakangnya adalah kabur (out focus). Kawasan antara imej yang jelas dan yang kabur itu dinamakan Depth of Field (DoF)…..
DoF ni ada 2 jenis plak, dimana EDOF dan LDOF.
EDOF-Extended Depth of Field dimana foreground dan background sama jelas (in-focus) kedua-duanya.
LDOF-Limited Depth of Field dimana foreground jelas tetapi background kabur….
Bokeh plak… Bokeh ini asalnye dari perkataan Jepun yang membawa maksud kabur. Dari segi definasi plak, Bokeh merujuk kepada penampilan cahaya pada kawasan kabur pada satu-satu imej/gambar.
Disini ramai yang keliru antara DoF dan Bokeh dari segi definasinya… tetapi Bokeh dan DoF ini memainkan peranan yang sangat penting dalam fotografi.


Adakah Bokeh dan DoF tu benda yang sama????
TIDAK, bokeh dan DoF tu sebenarnya bukan benda yang sama, walaupon kedua-duanya bergandingan antara satu sama lain dalam satu gambar.
Dari segi definasi, DoF merujuk kepada kawasan antara imej yang jelas dan yang kabur. Dengan perkataan yang senang nak faham, ia merujuk kepada perbezaan antara background dan foreground.


Dimana, bokeh pula merujuk kepada bagaimana lens mengolah (rendering) cahaya background (yang kabur tu) dimana kita dapati bokeh dalam pelbagai bentuk seperti bulat, hexagon, octagon, bujur telur, lemak berkrim dan sebagainya.

Bentuk olahan bokeh tu bergantung kepada lens. Memang tidak dinafikan lens yang mahal dengan aperture value yang rendah spt F1.2, F1.4, F2.8 akan menghasilkan bentuk bokeh yang menarik.

Penulis : Kisah Kau dan Aku ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Apa itu Bokeh dan DoF ini dipamirkan oleh Kisah Kau dan Aku pada hari Wednesday, December 07, 2011. Semoga artikel ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda .Terima kasih atas kunjungan Anda Silakan tinggalkan komen anda disini.Terdapat 0 Komen: di Artikel Apa itu Bokeh dan DoF
 

0 comments:

Post a Comment