Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Kisah Kau Dan Aku


Ku tidak memerlukan seseorang yang SEMPURNA dan TERBAIK untuk menjadi pasangan hidup ku kerana itu TIDAK MENJAMINKAN hidup ku dan hidupnya akan mengecapi KEBAHAGIAAN.

Cukuplah dirinya dan diri ku bisa dapat mengolahkan KELEMAHAN, KEKURANGAN dan KEBURUKAN yang ada dalam diri masing-masing agar menjadikan hidup kami berdua LEBIH SEMPURNA, LEBIH TERBAIK dan LEBIH BERBAHAGIA



Wahai suamiku terima kasih diatas segala- galanya kerana sudi menerima diri ini dan sering kali  menciptakan senyuman didalam setiap langkah-langkah kehidupan kita..sering menemani diri di kala hati ini diusik perasaan  kesedihan duka nan lara.. sentiasa berada disisi sebagai pendamping..yang mengayuh bersama roda roda kehidupan bersama, tempat mengeluhkan, meluahkan segala kesal atau sesal, tempat  mampu tertawa lepas atau diam tanpa sebarang kata sekalipun..
 

Koleksi Gambar Perkahwinan


 

Kucing Kesayangan Mak

Kucing kesayangan mak tapi dah mati..
 

Ubahsuai Gambar menjadi hitam putih + warna mengikut citarasa Anda

Gambar Asal

Hasil Gambar






Semoga Berjaya..
 

NurShahira

 

Novel Koleksi Peribadi


Ombak Rindu


Izzah,gadis yatim piatu yang kematian orang tua akibat kemalangan jalan raya.Dia terpaksa tinggal bersama bapa saudaranya,Pak Cik Taha. Namun kehadirannya didalam keluarga itu dianggap sebagai pembawa malang

Disebabkan tabiat suka berjudi,pak Cik Taha sanggup menjual anak saudaranya itu kepada tauke kelab malam.Izzah terpaksa walaupun hatinya tidak rela diperlakukan sebegitu.Namun sebagai wanita,dia pasrah.

Disitu,Izzah telah berkenalan dengan hafiz.Atas dasar simpati,Hafiz telah membawa Izzah keluar dari neraka jahanam itu.Hafiz juga bersetuju mengahwini Izzah,tetapi dengan syarat.Perkahwinan ini mesti dirahsiakan daripada Datin Sufiah!!!

Tanpa disedari perasaan sayang mula berputik di hati Izzah.Namun hafiz dipaksa mengahwini Mila Amylia.Bahagiakah rumah tangga yang dibina dengan kehadiran orang ketiga??Sesungguhnya,cinta sejati datangnya hanya sekali

Oleh Fauziah Ashari


Rindu Tanpa kata

Sueraya,gadis lembut yang periang.Walaupun disisih oleh ibu kandung,tidak pernah sebesar zarah pun terbersit dihati untuk membenci ibunya.Persoalan bermain diminda,mengapa aku disisihkan??Mengapa aku dibenci?? Namun ianya berlalu tanpa jawapan yang pasti..Perlukah Sueraya bertanya lagi??

Duka membaluti hidup Sueraya,apabila dia lumpuh selepas terjadi satu insiden,hidup ibarat bernyawa tapi tidak berjasad...Tanpa lafaz dibibir dia reda dan pasrah dengan suratan hidupnya apabila dijodohkan dengan anak orang gajinya,Firhan

"Hisy..taknaklah firr,Macam mana nak kahwin dengan dia,Mak??Firr pun tak kenal dia,ini baru pertama kali tengok dia,dalam keadaan macam tuh plak..Sesiapa pun akan fikir banyak kali mak,kalau nak kahwin dengan dia,lagi pon Firr dah ada orang lain dalam hati Firr."

Emilia gadis yang diimpikannya,hanya ratu dihatinya,hanya dia cinta pertamanya.

" Ya ALLAH,jika aku boleh berkata-kata,ingin kuucapkan terima kasih yang tidak terhingga pada insan-insan yang menyayangi diriku,Firhan,walaupon Sue tidak mengenali dirimu,maafkan Sue diatas segala yang berlaku.Maafkan Sue!"


Sebagai manusia kita hanya mampu merancang,namun percayalah keikhlasan doa dan keagungan kasih akan mampu merubah takdir

Oleh Ain Marissa

Bukan Kerana Sayang

"Terimalah lelaki yang mencintai kita lebih daripada kita mencintai dia"

Bolehkah ungkapan ini digunakan oleh Qaireena Asyikin untuk menerima semula huluran kasih Johan.

Lelaki itu pernah dicintainya suatu waktu dahulu,namun dia terpaksa berkorban kasih apabila Johan memilih kakaknya Qairun Annesa sebagai Isteri tanpa sebab yang pasti.

Kini,Qairun Annesa kembali kepada-Nya.Kemelut membelenggu diri apabila Johan mula menagih kasihnya.Desakan daripada orang tuanya agar menerima Johan juga benar-benar membuatnya tersepit.

Bagi mengelakkan diri,Qaireena mengambil jalan mudah.Dia menggunakan nama ketuanya,Kamil Ihsan sebagai Kekasih samaran tanpa pengetahuan empunya diri.Namun masalah mula timbul apabila tembelangnya pecah.

Kamil Ihsan yang bersikap 'BOSSY' menambahkan lagi tekanan Qaireena.Kedua-dua lelaki ini benar-benar menghuru-harakan hidupnya yang selama ini tenang tidak berkocak.Siapa sangka,dalam kemelut rasa itu yang tersimpan bertahun tahun lamaanya,terungkai satu demi satu

Oleh Amiza Anaz
 
Akan Ku Tunggu

AYU RIHANA terkejut apabila dia dilamar oleh anak bujang jirannya.Pinangan jejaka egois dan berstatus tinggi tidak langsung diimpikan.Tambahan pula,mereka tidak langsung saling mengenali mahupun bertegur sapa sejak tinggal berjiran.Malah, dunia mereka jauh berbeza umpama langit dengan bumi.

Kehidupan Syamil Bakhtiar yang sentiasa dihimpit gadis-gadis cantik kian berubah sedia terlihat kepolosan wajah Ayu.Dia nekad mendekati gadis kacukan itu biarpun latar peribadi mereka tidak setara.Namun,perubahan itu hanya seketika.Ugutan seorang bekas " teman tapi mesra " Syamil menghumban dia kembali kepada sikap suka berfoya-foya dan bersosial hingga lewat pagi.

jauh disudut hati,Ayu terluka.Dia sering menjadi mangsa keadaan.Namun,dia cuba bertahan demi kasih dan janjinya.Tanpa jemu,Ayu menitip rantaian doa dengan harapan dia mampu membawa Syamil pulang semula ke mahligai impian yang mereka idam-idamkan.

Oleh : Sania Yasmin

Hijab Cinta

Benar apa yang diperkatakan, jodoh itu ketentuan Tuhan. Kadangkala hadir tanpa diduga. Jika rela menerima jodoh yang hadir, mengapa harus diri terkejar-kejar menggapai nikmat kebahagiaan?

Beginilah gambaran perkahwinan Nur Aisya Sufiah yang penuh dengan kemelut jiwa bagi mencari kebahagiaan. Dia cuba menerima Zakri sebagai suami. Walaupun tiada lafaz cinta yang terungkap di bibir Zakri, tetapi tiada pula hamburan caci nista.

Aisya cuba menidakkan kerana keteguhan cintanya kepada Tuhan yang Esa. Pergolakan jiwa Aisyah terus bergelombang apabila Nadia hadir menyemai kembali benih cinta bersama Zakri. Masih adakah kasih sayang Aisya bagi suaminya selepas hatinya dihiris bagai sembilu walaupun ketika itu Zakri hampir membuka hijab cinta dalam dirinya.

Oleh: S. Rafidah H. Basri

Cinta Aku Seadanya

Andai manusia bisa memilih,tidak mungkin ada yang mahu dilahirkan serba kekurangan,apatah lagi penuh kecelaan.Akan tetapi mana mungkin itu terjadi .Kuasa ALLAH membataskan segalanya.Kerana itu ,Syifa menerima segala ketentuan ILAHI dengan penuh redha.Dipujuknya hati setiap kali dicaci hanya kerana mempunyai tanda lahir dipipi.

Apa pun bagi Nafisah,Syifa adalah anugerah istimewa dari TUHAN dengan kelebihan tersendiri hingga dia berhajat untuk menyunting Syifa untuk dijadikan isteri buat anaknya.Muszahri.Dan Syifa,nyata terkejut dengan keputusan Muszahri yang sudi menerimanya.
Duka dan malang datang bertimpa.Entah apa silapnya,Muszahri langsung tidak menyentuhnya selepas mereka diijabkabulkan.Luna,gadis yang memuja Muszahri pula tidak jemu-jemu cuba meruntuhkan istana cintanya.Malah kakak kandungnya sendiri,Zahra sering mencurah bicara berbisa mencacinya.
Syifa kelelahan.Kalau bahagia bukan tercipta untuknya,apakan daya.Mungkin itu sudah takdirnya.Dipandang tanpa hati,mencintai tanpa dicintai

Oleh : Murni Aqila
 Kalau Ada Jodoh
Tiada sesiapa mahu sengsara. Tiada jua yang inginkan derita. Namun takdir Tuhan tiada siapa yang mampu menepis? Marini terpaksa mengharungi sebuah kehidupan yang berdepan dengan onak dan duri hinggalah dia menumpang di rumah kakaknya. Di sanalah perjalanan hidupnya mula berubah. Tiba-tiba sahaja dia bertemu dengan Pyan, lelaki yang punyai personaliti yang jauh beza daripada apa yang ada dalam kotak fikirannya. Pun begitu, Faris tidak pernah melupakannya. Kesilapan yang pernah dilakukannya mahu dipulihkan semula.







Oleh : Mimie Afinie
 Andai Itu Takdirnya

Jangan salah faham Puan Sri. Kemaafan yang diberi tidak akan sama sekali menjadikan saya lupa pada kedudukan diri saya ini. Saya tak boleh membuang pangkat itu ke tepi hanya kerana kesalahan yang pernah dibuat pada saya.
Saya telah menjadi balu sebelum masanya dan anak-anak saya juga telah jadi anak yatim sebelum masanya. Sembilan bulan saya mengandung mereka tanpa suami di sisi. Saya pekakkan telinga mendengar cemuhan masyarakat sekeliling.







Oleh : Siti Rosmizah

Tak Secantik Husna

LUQMAN HARIEZ disuruh memilih salah seorang daripada tujuh cucu perempuan mak tok untuk dijadikan isteri, sementelah hatinya masih kosong. Malangnya, dia cuma diberi masa seminggu untuk mengenali hati budi mereka. Semua ini dilakukan demi menghormati permintaan opah dan mak tok.
Sejak mula lagi, Hariez dapat merasakan bahawa Husna, gadis yang paling cantik dan lemah lembut, seakan-akan sudah mengisi ruang di hatinya. Pada masa yang sama, dia turut terpaut pada Tija, cucu perempuan bongsu mak tok yang besifat keanak-anakan, namun hatinya penuh dengan kasih sayang dan keceriaan.





Oleh : Ainul Hazrah
Hati Yang Terusik

Siapa kata manusia boleh hidup hanya dengan cinta?Siapa kata wang tidak penting dalam menjanjikan bahagia.

Lewat musim bunga menyaksikan detik kemesraan Farhan dan Vanessa menjalinkan rasa,menyulam cinta.Mungkin juga ketentuan Yang Esa,dua hati jauh berbeza latar dan budaya akhirnya bertaut menjadi satu.Namun,hakikat kehidupan tidak memungkinkan mereka mengecap bahagia berpanjangan.

Farhan...lelaki yang tidak mempunyai segalanya,Yang dimiliki hanyalah harga diri yang tidak akan sesekalinya dibiarkan dipijak sewenang-wenangnya..


Vanessa...wanita yang mempunyai segala-galanya.Namun,itu bukanlah tiket untuknya mengecap segala kebahagian yang sering dimilikinya.

Hakikatnya..mana ada cinta yang tidak teruji.Tentangan keluarga akhirnya menghancurkan cinta yang dibina.Malah desakan hidup mampu mengubah kewarasan seorang lelaki yang tinggi akal fikirannya.Dayusnya Farhan bertindak hanya melalui sepucuk surat!! Semuanya kerana fitnah,kerana maruahnya dihina,dicela sesuka hati.

Untuk sekian kali,tercarik lagi hati Vanessa.Cinta dan kasihnya musnah bak pudar ungu lavender dimusim luruh.Dia terpaksa membuat pilihan.Antara cinta dan maruah diri,dia harus bijak membuat keputusan.Baginya diamnya bukan bererti salah,bukan juga mengerti mengalah.Dan dalam segala kepayahan,hati kecil tidak berhenti berharap akan ada jua kebahagian di akhir segala kedukaan.

Oleh Nia Azalea

Kau Ditakdirkan Untukku
Kenangan lama didalam hidupnya telah menutup pintu hati Akmal Ikram untuk bercinta lagi,namun pertemuan dengan Nuranis Fatihah membuatkan hatinya mula goyah.Dia mula tertarik dengan keperibadian yang ada pada gadis itu.Kelembutan dan kenakalan Nuranis Fatihah sering mengusik hati Akmal Ikram.Sejak itu hatinya mula terpaut.Wajah yang sering dihiasi senyuman indah itu sering menggamit kerinduan dihatinya.

Akmal Ikram berasa teruja tatkala perancangan keluarga ingin menjodohkannya dengan Nuranis Fatihah.Namun sebaliknya bagi Nuranis Fatihah yang berpegang pada prinsip perkahwinan yanhg dibina bukan atas dasar cinta tidak akan membawa bahagia.Bak kata pepatah,terlajak perahu boleh diundur,terlajak kata badan binasa yang menanggungnya.Kerana tidak sampai hati untuk menghampakan Datin Kamariah,tidak terluah penolakan dibibirnya,Bermula saat itu,Akmal Ikhram mula berazam untuk menawan hati Nuranis Fatihah.

"Kenapa awak tak terus terang aje??Tadi bukan main lagi nak berterus-terang.Sampai nangis-nangis,"sindir Akmal Ikhram tersengih nakal.


"Bos jangan sebut pasal tu lagi boleh tak!!"bidas Nuranis Fatihah geram.

Kemunculan Farah Hanim telah menggugat kepercayaan Nuranis Fatihah terhadap Akmal Ikhram.Apatah lagi fitnah yang ditabur oleh Farah Hanim di ambang perkahwinan mereka menyukarkan lagi keadaan.Apakah yang akan terjadi pada perkahwinan mereka nanti ??Mampukah Akmal Ikhram memenangi hati gadis indamannya di saat dia bergelut dengan perasaan sendiri.

Oleh : Gee Muszisya

Cintamu DiHati

Kata orang..kita boleh jatuh cinta dalam sekelip mata tapi untuk melupakannya hampir sepanjang hayat.Sememangnya cinta pertama terlalu sukar dilupakan.Meskipun tidak berakhir dengan ikatan suci,namun kenangan itu tetao utuh dihati,terpahat teguh disanubari.

Seri terperangkap antara dua perasaan: cinta suci seorang lelaki dan cinta sejati kekasih lama.Keteguhan hatinya terduga apabila Zulfy semakin dekat padanya.Setiap waktu bersama Zulfy meletakkannya dalam kemelut perasaan.Kenangan cinta pertama mereka kembali memburu hingga mengundang cemburu Azlan.Dalam melawan arus asmara terlarang,kesetiaan Seri terus-terusan diragui.

Takdir ALLAH tiada siapa dapat menghalang,ujian datang tiada siapa menduga.Seri terus tabah  menghadapi segala rintangan dalam mencari kebahagiaan yang hilang.Jalan yang dilalui tetap berliku.Bahagai yang dicari ibarat fatamorgana.Ada waktunya dia hampir mengaku kalah dengan takdirnya.Ada saatnya dia hampir tersungkur mencari sejalur sinar.

Hari berlalu...dan dalam percarian itu,hatinya sering berkata,milik siapakah cinta ini??Masih adakah cinta kedua buatnya??

Oleh: Aida Adriani
 

NurAzrin

 

Muhaimin Afandi