Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

KL Birds




Taman Burung Kuala Lumpur terletak berhampiran dengan Tasik Perdana, Kuala Lumpur, Malaysia. Di sekitar kawasan ini terdapat pelbagai pusat pelancongan lain seperti Taman Rama-Rama, Masjid Negara, Taman Bunga Raya, Balai Memorial Tun Abdul Razak, Planetarium Negara dan lain-lain.
Taman Burung ini telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Siti Bainun binti Mohd Ali pada 15 November 1991. Ia diuruskan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur.
Taman burung ini merupakan sebuah taman sari burung dan taman tropika khas untuk pencinta-pecinta alam. Taman burung ini dikatakan sebuah taman burung yang terbesar di rantau Asia Tenggara dengan merangkumi kawasan lembah menghijau seluas 3.2 hektar.
Buat pertama kalinya di Malaysia, para penggemar burung berpeluang memerhatikan lebih kurang 2000 ekor burung dari berbagai spesis berterbangan bebas di dalam suasana taman hampir semula jadi. Terdapat burung Enggang, bangau, ranggung, nuri, serindit, kuang, kakaktua, punai, merpati, ruak-ruak dan langling, itik-itik dan flamingo serta pelbagai spesies burung yang berasal dari Malaysia dan negara seperti Australia, New Guinea, Thailand, Indonesia, Tanzania, China dan Belanda mendiami taman burung ini

Penulis : Kisah Kau dan Aku ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel KL Birds ini dipamirkan oleh Kisah Kau dan Aku pada hari Monday, December 05, 2011. Semoga artikel ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda .Terima kasih atas kunjungan Anda Silakan tinggalkan komen anda disini.Terdapat 0 Komen: di Artikel KL Birds
 

0 comments:

Post a Comment