Depth of Field (DoF) dari definasinya merujuk kepada kawasan yang dalam fokus bagi sebuah imej/gambar. Kebiasaanya kita selalu melihat gambar yang pada subjeknya jelas (in-focus) dan latar belakangnya adalah kabur (out focus). Kawasan antara imej yang jelas dan yang kabur itu dinamakan Depth of Field (DoF)…..
DoF ni ada 2 jenis plak, dimana EDOF dan LDOF.
EDOF-Extended Depth of Field dimana foreground dan background sama jelas (in-focus) kedua-duanya.
LDOF-Limited Depth of Field dimana foreground jelas tetapi background kabur….
Bokeh plak… Bokeh ini asalnye dari perkataan Jepun yang membawa maksud kabur. Dari segi definasi plak, Bokeh merujuk kepada penampilan cahaya pada kawasan kabur pada satu-satu imej/gambar.
Disini ramai yang keliru antara DoF dan Bokeh dari segi definasinya… tetapi Bokeh dan DoF ini memainkan peranan yang sangat penting dalam fotografi.
TIDAK, bokeh dan DoF tu sebenarnya bukan benda yang sama, walaupon kedua-duanya bergandingan antara satu sama lain dalam satu gambar.
Dari segi definasi, DoF merujuk kepada kawasan antara imej yang jelas dan yang kabur. Dengan perkataan yang senang nak faham, ia merujuk kepada perbezaan antara background dan foreground.
Dimana, bokeh pula merujuk kepada bagaimana lens mengolah (rendering) cahaya background (yang kabur tu) dimana kita dapati bokeh dalam pelbagai bentuk seperti bulat, hexagon, octagon, bujur telur, lemak berkrim dan sebagainya.
Bentuk olahan bokeh tu bergantung kepada lens. Memang tidak dinafikan lens yang mahal dengan aperture value yang rendah spt F1.2, F1.4, F2.8 akan menghasilkan bentuk bokeh yang menarik.
0 comments:
Post a Comment