Welcome

Assalamualaikum...wbt..kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana kalian sudi melayari blog kami...apa yang kami coretkan di dalam blog ini hanya untuk berkongsi suka duka kenangan indah diantara kami melayari kehidupan bersama di alam duniawi ciptaan ALLAH swt...disamping itu juga kami dapat bertukar tukar fikiran dan berkongsi info terkini.. Bak kata orang " TAK KENAL MAKA TAK CINTA " Pertemuan yang tak pernah kami duga,apa yang berlaku telah ditakdirkan oleh ALLAH S.W.T,kami telah mengenali satu sama lain di Pejabat Pertanyaan Balai Polis Bentong Pahang membuat bait-bait cinta diantara kami sehingga kedua-dua hati berpaut menjadi satu.Setelah bercinta dan berjumpa keluarga masing-masing,akhirnya kami telah ditunangkan pada 07/06/2009.Setelah segala pahit manis,suka duka dan rintangan kami lalui bersama pada tarikh yang menjadi keramat didalam hidup kami iaitu tanggal 13 MAC 2010 kami telah diijabkabulkan di Masjid Alor Semela Alor Setar Kedah.Kami berdoa agar kami dapat terus bersama dan menjalani liku-liku kehidupan walaupun berada didalam kesulitan sehingga akhir hayat.

Kisah Kau Dan Aku


Ku tidak memerlukan seseorang yang SEMPURNA dan TERBAIK untuk menjadi pasangan hidup ku kerana itu TIDAK MENJAMINKAN hidup ku dan hidupnya akan mengecapi KEBAHAGIAAN.

Cukuplah dirinya dan diri ku bisa dapat mengolahkan KELEMAHAN, KEKURANGAN dan KEBURUKAN yang ada dalam diri masing-masing agar menjadikan hidup kami berdua LEBIH SEMPURNA, LEBIH TERBAIK dan LEBIH BERBAHAGIA



Wahai suamiku terima kasih diatas segala- galanya kerana sudi menerima diri ini dan sering kali  menciptakan senyuman didalam setiap langkah-langkah kehidupan kita..sering menemani diri di kala hati ini diusik perasaan  kesedihan duka nan lara.. sentiasa berada disisi sebagai pendamping..yang mengayuh bersama roda roda kehidupan bersama, tempat mengeluhkan, meluahkan segala kesal atau sesal, tempat  mampu tertawa lepas atau diam tanpa sebarang kata sekalipun..

Penulis : Kisah Kau dan Aku ~ Sebuah blog yang menyediakan berbagai macam informasi

Artikel Kisah Kau Dan Aku ini dipamirkan oleh Kisah Kau dan Aku pada hari Friday, November 25, 2011. Semoga artikel ini dapat membantu dan menambah pengetahuan anda .Terima kasih atas kunjungan Anda Silakan tinggalkan komen anda disini.Terdapat 1comments: di Artikel Kisah Kau Dan Aku
 

1 comments:

  1. ALLAH telah tentukan jodoh kita dengan sebaik-baiknya takdir-NYA..Kita hanya perlu bersyukur dan cuba dengan sebaik mungkin membahagiakan pasangan kita

    ReplyDelete